Monday, July 4, 2011

~ sentuhan kasih Ayah ~

AL-FATIHAH KEPADA ARWAH AYHKU (MD SA'ADON BIN OSMAN) SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMT...DAN D TEMPATKN D TEMPAT ORG2 YG BERIMAN.....AMIN.... 

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA
KASIH BAPA SEPANJANG MASA

SEORANG insan unggul akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya, merencana soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarga dengan tarbiah Islamiah serta dapat menjalankan tugas sebagai ketua keluarga dan menjadi hamba yang menjaga hubungan dengan Allah. 
DULU DIE SELALU AJAR AKU MCM MNE NK JD ORG....ASAL SILAP CKIT...AKU KNE MRH...AKU TAU..TEGURAN DIE MMG TOK MNGAJAR ANK2NYA..DULU AKU MMG NAKAL.. SAMPAI KEBAS AKU KENE ROTAN....KALAU X MCM 2...AKU XKN JD SMPAI SKUNK NI....ARWAH ABAH AKU SALU BERSIKAP BERSEDERHANA.........2 YG AKU TABIK KT BELIAU.... SBB 2 RAMAI KAWAN2 BELIAU MMG SENANG BERBUAL NGN BELIAU...KAMI BUKAN BERADA.....TP ARWAH ABAH AKU MMPU MENJAGA 2 KELUARGA SEPNJANG HIDUP BELIAU SELEPAS PEMERGIAAN AYAHANDA BELIAU...MCM KARENAH MANUSIA ARWAH AYHKU HADAPI...TP DIE MMPU TERSENYUM....AKU RINDU GURAUAN DIE, YG SELALU WAT ANKNYA2 TERSNYUM.....DIE TTP TERSNYUM... WALAUPN RAMAI ORG BERHUTNG DGN DIE... ARWAH PERNAH PESAN,,,"KITE JGN MNX DUIT 2... TERPULNG KT ORG 2 NK BYR KE X... YG PNTING JGN MEMINTA"...............
     PADA TARIKH 4.5.2011,,, BELIAU D TIMPA KEMALANGN SEMASA MENCARI REZEKI... KEPALA BELIAU TERHEMPAP TANDAN KELAPA SAWIT........... KETIKA 2 IBU AKU AD BERSAMA NGN BELIAU...MASYAALLAH.... IBU KU CERITA DARAH MEMANCUT2 KELUAR DARI MULUT ARWAH AYHKU...IBU AKU TEKAL BELARI DGN MEMAKAI KASUT BUT SEPNJANG 3 EKAR KEBUN TERSEBUT...CUBE CAPAI MOTO...START 2,3 KALI X HIDUP...MAK AKU LARI CARI BNTUAN...YA ALLAH... TEKAL SUNGGUH HATI IBU AKU BERUSHA MENCARI BNTUAN.... AD JUGK AKU CUBA BELARI SEPNJG 3 EKAR...XSAMPAI 3 EKAR AKU DH TERCUNGAP2... TP BYGKN MCM MNA IBU AKU BOLEH BELARI2 SEJAUH 2....ORG KMPUNG KEHILNGAN TONGGAK KEUATAN KG..... MEMANG BEZA KMPUNG WKTU DULU NGN SKUNK...SKUNK DH SNYI....XDA SAPE YG BOLEH MEMBAIKI MOTOSIKAL LG...
SEORNG JIRAN TELAH MMBUAT SAJAK NI KHAS TOK ARWAH AYH AKU....
DEDIKASI BUAT ARWAH CIK SAADON..(T_T)


Petang itu…tangisan hujan turun tanpa petanda
Sayup-sayup bunyi petir bersahutan..
Mendungnya langit semendung hati kami
Menerima khabar bahawa engkau telah pergi
Khabar yang merobek rakus dada-dada kami
Seakan akal tidak dapat menerima, hati tidak mahu percaya
Benarkah…?
Tetapi, itulah hakikat yang perlu ditelan..
Hujan renyai-renyai seolah menangisi sebuah pemergian
Gegak gempita si guruh bagai sedang meraung duka
Meratapi kematian insan mulia
Sungguh..sangat sukar ,menerima kenyataan ini
Terkenang kembali saat-saat hayat mu bersama kami
Kemesraan yang engkau pancarkan,
kasih sayang yang engkau zahirkan,
Bakti dan jasa yang engkau taburkan,
Membuatkan kita seperti sebuah keluarga
Walaupun tidak pada hakikatnya
Setinggi mana pun engkau kami kasihi
Kasih sayang Allah lebih jauh mendahului
Terlalu ramai insan yang mengasihimu
Ketika jasadmu disembahyangkan
Sungguh ramai insan yang ikhlas mendoakan
Sehingga ketika jasadmu diusung ke tanah gersang
Masih ramai insan yang ingin menghantar engkau pulang
Pulang kepada Pencipta mu..
Selautan manusia menangisi pemergianmu
Tidak pernah kami meyaksikan situasi seperti itu
Adakah itu tandanya syahid itu milikmu..?
Hanya Allah yang mengetahui rahsia itu
Pergi lah dengan tenang wahai hamba Allah yang mulia
Hadirmu ibarat penyeri, hilangmu tiada ganti
Moga dikau bahagia bersama bidadari syurga….



Pemergian allahyarham yang terlalu cepat telah membuat saya terlalu merasakan kehilangannya. Hilang  puncayang meruntuhkan motivasi untuk seketika. Sakitnya tidak lama, kerenahnya juga tidak banyak. Ini mungkin berkat doanya yang sentiasa memohon agar pemergiannya dengan cara yang mudah. .
Sehingga kini, rasa sebak tetap terasa apabila melihat gambar-gambar ayah yang sentiasa suka bergurau, berjenaka dengan mak dan teman-teman rapatnya. Ayah seorang yang periang dan sentiasa mengambil berat pasal anak-anak walaupun pada perkara-perkara yang kita anggap remeh. Memang sukar untuk dicatatkan satu persatu kenangan indah bersama allahyarham. Hanya Allah dan teman-temannya sahaja lah yang tahu bagaimana sikap perihatinya dalam mendidik anak-anak.
Kepada anak-anak yang masih mempunyai ayah atau ibu, jagalah mereka, gembirakan hati mereka  sementara mereka masih ada. Tiada apa yang diharapkan oleh ibu bapa daripada anak-anak kecuali perhatian dan kasih sayang. Tiada wang ringgit yang dipinta. Bayaranlah kasih sayang mereka dengan belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat. Jadilah anak yang mengenang budi, anak yang sentiasa menyejukkan hati ibu dan bapa.
KEPADA semua pengunjung blog ini yang beragama Islam, saya mohon bacakanlah surah al-Fatihah untuk disedekahkan kepada ayahanda saya agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Ya ALLAH, lapangkanlah kuburnya, sinarilah alam kuburnya dengan cahaya rahmat-Mu, jauhkan seksaan kuburnya, terimalah segala amal ibadat, sedekah jariahnya, amalan-malan baiknya dan tempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh di akhirat nanti. Amin.

4 comments:

  1. Harap kau tabah menghadapi smua ini. Ikhlaskn hati dgn pmergian beliau. Semoga arwah ditempatkan org2 yg beriman. Al-fatihah..

    ReplyDelete
  2. semoga d cucri rahmat ke atas rohnya..
    Allah lebih menyayanginya..
    kuatkan semangat..

    ReplyDelete
  3. Amin.
    Tabah dan kuatkan hati.
    Allah lebih sayangkan beliau.
    Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan dalam kalangan para solihin dan syuhada'. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. thnz semua.. ap pn aku akn teruskan perjuangan..

    ReplyDelete